Sunday, 11 November 2012

minggu 1


Kelas pertama yang kami hadiri adalah pada 13 September 2012 iaitu pada hari Khamis. Pada hari pertama ni,pensyarah kami iaitu Puan Asmayati bt Yahaya menjelaskan kepada kami semua tentang kursus SKI 3013 ICT in Chemistry ini.  Untuk kursus ini,kami diberitahu bahawa tiada peperiksaan akhir yang perlu kami hadapi, dan pemarkahannya adalah seratus peratus bergantung pada tugasan-tugasan individu, ‘pairing’ dan juga berkumpulan. Jadi untuk mendapat markah yang baik,kami perlu menyiapkan secara keseluruhannya lapan assignment yang mana akan diberikan secara berkala. Antara tugasan yang perlu kami lakukan ialah simulasi dan permodelan, e-forum,open-source software, spreadsheet, presentation serta blog. Untuk blog,kami diarahkan untuk membuat satu blog yang mempunyai info-info berkaitan dengan subjek Kimia dan pada kelas yang pertama ini juga,kami diajar cara-cara untuk membuat blog,maka terhasillah blog ini....:) Selain itu,kami akan menghadapi dua ujian yang setiap satunya mewakili 20% dari markah keseluruhan bagi kursus ini.

No comments:

Post a Comment